23November2011. Sehingga hari ini 6 ekor dah kucingku mati akibat hawar. Begitu pantas sekali serangan penyakit hawar kali ni. Ya lah...aku pun sebelum ni tak pernah nak bawa kucing2 ku untuk suntikan pelalian (vaksin). Manakan mampu aku nak menghantar kesemua kucing2 ku yang hampir 20 ekor itu. Makanan dan pasir sahaja sudah mencecah RM400-RM500 sebulan.
Yang mula mula mati ialah Chombee iaitu pd 15/11/2011, sehari kemudian Felix pula terkena serangan hawar..aku bawa Felix ke klinik untuk rawatan..suhu badannya 31 darjah selsius (tahap kritikal). Setelah pulang kerumah, felix nampak ada sedikit perubahan dan mula aktif.
Tetapi keesokan harinya 17/11/2011, Lala pula kena serangan hawar. Sekali lagi ke klinik membawa Lala untuk dirawat, tetapi keadaan Lala sangat lemah sewaktu dibawa pulang ke rumah. Petang tu Lala pula mati, sedangkan Felix pula nampak agak positif dan dah mula berbunyi dan buang air.
Petang itu juga tiba tiba seekor lagi kucingku (anak cik tiok) mula moyok..malam tu dia mati. Aduh!! pantasnya serangan hawar ni, manakala seekor anak mek itam pula nampaknya dah terkena serangan hawar tu. Aku mula memberikan antibiotik pada anak mek itam.
18/11/2011, pagi lebih kurang jam 7.30, aku perasan mcm ada sekor kucing tidor dibawah kereta aku. Aku biarkan saja kerana itu kucing yg datang menumpang makan di rumahku. Tetapi selepas hampir 1 jam bila aku lihat,kucing itu masih di situ...aku mulamengesyaki sesuatu. Menghampiri kucing itu aku dapati semut sudah mula menghurunginya...dah keras rupanya...4 ekor dah mati...huhu.
Petang tu pula anak mek itam pula mati..manakala sekor anak ciktiok pula nampak moyok. Aku asingkan anak Ciktiok dan bawa masuk kedalam rumah bersama Felix. Keadaan Felix pula sangat lemah dan kadang kadang nampak macam ok. Dan untuk makan pun felix kena disuntik kan makanan kemulutnya....Felix tak mampu makan secara normal, mungkin deria baunya kurang.
Keesokan harinya anak ciktiok mula nampak aktif kembali dan mula bising untuk keluar dari cagenya. Aku kembali kan anak ciktiok bersama adik beradiknya...alhamdulillah, nampak betul2 sihat dah.
Beberapa hari selepas tu tiada nampak kucing2ku yg lain terkena serangan penyakit. Hujan pula lebat setiap hari.
Sehinggalah pada hari ini 23November2011, Felix nampak sudah tidak bermaya...perutnya berombak dengan laju sekali...disuap makanan pun dia sudah tidak berapa nak makan. Petang sebelum maghrib, felix kelihatan sukar bernafas, seksa sungguh aku melihatnya....dan tak lama kemudian Felix pula menyusul pergi...Innalillahiwainna ilaihi roji un...
Begitu manjanya Felix di hari hari akhirnya...duduknya dipangku aku dan diciumnya muka ku sepuas puasnya...rupanya dia nak ucapkan selamat tinggal pada aku dan isteri ku...
Kucing kucing ku....berlarian lah kamu ditaman syurga sana...Allah lebih menyanyangi kamu semua. Aku sangat kehilangan kamu....setakat ini sahaja yang mampu aku lakukan buat kamu...aku sangat sedih, tetapi aku juga gembira, kerana sepanjang hayat kamu, aku tidak pernah memperlekehkan dan mempersiakan kamu semua...Selamat Jalan kucing2 ku......
kucingku
Wednesday, 23 November 2011
Wednesday, 16 November 2011
Innalillahi wainna ilaihi roji'un
Isnin 14hb November 11,lalu aku pergi ke Kuala Lumpur. Sedikit urusan yg perlu dibereskan di sana. Pergi balik hari je. Masa nak keluar rumah lebih kurang jam7.00pg, aku nampak chombi moyok aja. Masa beri makan pun, tak berapa nak makan sangat. Aku terus terfikir esok aku akan bawa dia ke kelinik jabatan haiwan untuk perubatan.
Aku ke KL, dan setelah selesai kerja aku pulang lebih kurang jam 5.00ptg dari KL. Tiba di Kuantan hampir jam 9.00mlm. Aku terus mendapatkan chombi, keadaan chombi sangat lemah sekali, bulu nya pun basah, aku fikir dia mungkin berpeluh dan badannya juga panas. Aku ambil tuala kering dan lapkan badannya. Entahlah..apakah sempat aku membawanya ke klinik esok?
Pagi esok Chombi dah mati...Selamat Jalan Chombi, Allah telah mengambil kamu. Setakat itu sahajalah amanah kami menjaga kamu.
Aku ke KL, dan setelah selesai kerja aku pulang lebih kurang jam 5.00ptg dari KL. Tiba di Kuantan hampir jam 9.00mlm. Aku terus mendapatkan chombi, keadaan chombi sangat lemah sekali, bulu nya pun basah, aku fikir dia mungkin berpeluh dan badannya juga panas. Aku ambil tuala kering dan lapkan badannya. Entahlah..apakah sempat aku membawanya ke klinik esok?
Pagi esok Chombi dah mati...Selamat Jalan Chombi, Allah telah mengambil kamu. Setakat itu sahajalah amanah kami menjaga kamu.
Saturday, 22 October 2011
Mukaddimah
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Terima kasih sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Blog ini saya bina semata mata bertujuan mempromosikan kucing kucing saya untuk diberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Saya tinggal di Taman Guru Batu 5, Jalan Gambang Kuantan.
Panggil je saya Pakli...dan kalau berminat boleh Call saya 010-9020206 / 014-5480548. Sms malas lah nak layan.
Setakat ni ramai juga yang dah datang ambil kucing kucing dari saya...alhamdulillah, semuanya suka, dan ada juga yang hangat2 tahi ayam, bela 2,3 bulan pastu nak hantar balik, tapi maaflah kami tak ambil semula kucing2 yang dah dibawa pergi. Jadi buatlah keputusan yang tetap.
![]() |
Namanya Felix - Jantan berumur lebih kurang 1 tahun |
![]() |
Felix sedang menjamu selera. waktu siang kami lepaskan keluar cagenya. Bila malam kami masukkan mereka dalam cage. |
![]() |
Felix sdg menjamu selera, makanan kegemarannya ialah VETMASTER. |
![]() |
Ala lor....ini PATI terbaru...baru seminggu muncul dipekarangan rumah kami...ada 3 beradik, sekarang tinggal 2, sebab yg sekor lg tu aku dah tak sengaja pi gelek mati. |
![]() |
stretching..sedapnya menggeliat...adik beradik felix, namanya LALA..bkn ND lala tao? Umur 1 tahun. Lala ni jantan juga. |
![]() |
felix sedang menyiasat. |
![]() |
Yang ini Mak Itam Janggot. 2 ekor anaknya dalam lingkungan 5bulan. Kedua duanya Jantan. Comel kan? Boleh ambil jika minat, kalau minat kat mak itam janggot pun, boleh angkat juga... |
![]() |
Ini set yang sama di atas tadi...keluarga Cik Tiok. |
Kucing kucing yang saya ada dalam peliharaan saya ini, pada asalnya adalah kucing kucing PATI...hehe. Pendatang tanpa izin yang entah dari mana datangnya. Namun kenyataannya ialah ianya adalah amanah allah buat kami dan setakat ni alhamdulillah ada sentiasa rezeki buat mereka dan insyaallah mereka terjaga dengan elok. Kiranya sakit, kami rawat, sekiranya ada yang meminta untuk memelihara, kami berikan percuma.
![]() |
Lagi sekor adik beradik Felix, ini Chombee, kucing betina 1 tahun..anak dara lagi ni...ekor kontot je. |
Subscribe to:
Posts (Atom)