Saturday, 22 October 2011

Mukaddimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Terima kasih sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Blog ini saya bina semata mata bertujuan mempromosikan kucing kucing saya untuk diberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Saya tinggal di Taman Guru Batu 5, Jalan Gambang Kuantan.
Panggil je saya Pakli...dan kalau berminat boleh Call saya 010-9020206 / 014-5480548. Sms malas lah nak layan.

Setakat ni ramai juga yang dah datang ambil kucing kucing dari saya...alhamdulillah, semuanya suka, dan ada juga yang hangat2 tahi ayam, bela 2,3 bulan pastu nak hantar balik, tapi maaflah kami tak ambil semula kucing2 yang dah dibawa pergi. Jadi buatlah keputusan yang tetap.


Namanya Felix - Jantan berumur lebih kurang 1 tahun
Felix sedang menjamu selera. waktu siang kami lepaskan keluar cagenya. Bila malam kami masukkan mereka dalam cage.

Felix sdg menjamu selera, makanan kegemarannya ialah VETMASTER.


Ala lor....ini PATI terbaru...baru seminggu muncul dipekarangan rumah kami...ada 3 beradik, sekarang tinggal 2, sebab yg sekor lg tu aku dah tak sengaja pi gelek mati.


stretching..sedapnya menggeliat...adik beradik felix, namanya LALA..bkn ND lala tao? Umur 1 tahun. Lala ni jantan juga.


felix sedang menyiasat.

5 beradik anak Cik Tiok (Nama emaknya). Umur dalam lingkungan 6 bulan gitu. Comel comel dan semua manja sangat2. Ada sekor dua yang sakit mata sikit, tapi kami dah berikan ubat mata. Mudahan sembuh cepat. Pilih di pilih...anda pasti suka dengan keletah masing2.

Yang ini Mak Itam Janggot. 2 ekor anaknya dalam lingkungan 5bulan. Kedua duanya Jantan. Comel kan? Boleh ambil jika minat, kalau minat kat mak itam janggot pun, boleh angkat juga...
Ini set yang sama di atas tadi...keluarga Cik Tiok.

Kucing kucing yang saya ada dalam peliharaan saya ini, pada asalnya adalah kucing kucing PATI...hehe. Pendatang tanpa izin yang entah dari mana datangnya. Namun kenyataannya ialah ianya adalah amanah allah buat kami dan setakat ni alhamdulillah ada sentiasa rezeki buat mereka dan insyaallah mereka terjaga dengan elok. Kiranya sakit, kami rawat, sekiranya ada yang meminta untuk memelihara, kami berikan percuma.

Lagi sekor adik beradik Felix, ini Chombee, kucing betina 1 tahun..anak dara lagi ni...ekor kontot je.
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi susah nak ambik gambar sebab kucing liar yang menumpang makan di halaman rumah kami. So inilah dulu untuk masa ni...mana tau kot kot ada persian cat yang tersesat nanti, bolehlah kasi masuk sini lagi, insya allah. Semoga niat kita menjaga makhluk allah yang ini akan mendapat kerahmatan darinya, amin. Sila lah lihat ya...thank you.

No comments:

Post a Comment