Wednesday, 16 November 2011

Innalillahi wainna ilaihi roji'un

Isnin 14hb November 11,lalu aku pergi ke Kuala Lumpur. Sedikit urusan yg perlu dibereskan di sana. Pergi balik hari je. Masa nak keluar rumah lebih kurang jam7.00pg, aku nampak chombi moyok aja. Masa beri makan pun, tak berapa nak makan sangat. Aku terus terfikir esok aku akan bawa dia ke kelinik jabatan haiwan untuk perubatan.
Aku ke KL, dan setelah selesai kerja aku pulang lebih kurang jam 5.00ptg dari KL. Tiba di Kuantan hampir jam 9.00mlm. Aku terus mendapatkan chombi, keadaan chombi sangat lemah sekali, bulu nya pun basah, aku fikir dia mungkin berpeluh dan badannya juga panas. Aku ambil tuala kering dan lapkan badannya. Entahlah..apakah sempat aku membawanya ke klinik esok?
Pagi esok Chombi dah mati...Selamat Jalan Chombi, Allah telah mengambil kamu. Setakat itu sahajalah amanah kami menjaga kamu.

No comments:

Post a Comment