Wednesday, 23 November 2011

Selamat Jalan Kucingku Sayang.

23November2011. Sehingga hari ini 6 ekor dah kucingku mati akibat hawar. Begitu pantas sekali serangan penyakit hawar kali ni. Ya lah...aku pun sebelum ni tak pernah nak bawa kucing2 ku untuk suntikan pelalian (vaksin). Manakan mampu aku nak menghantar kesemua kucing2 ku yang hampir 20 ekor itu. Makanan dan pasir sahaja sudah mencecah RM400-RM500 sebulan.
Yang mula mula mati ialah Chombee iaitu pd 15/11/2011, sehari kemudian Felix pula terkena serangan hawar..aku bawa Felix ke klinik untuk rawatan..suhu badannya 31 darjah selsius (tahap kritikal).  Setelah pulang kerumah, felix nampak ada sedikit perubahan dan mula aktif.
Tetapi keesokan harinya 17/11/2011, Lala pula kena serangan hawar. Sekali lagi ke klinik membawa Lala untuk dirawat, tetapi keadaan Lala sangat lemah sewaktu dibawa pulang ke rumah. Petang tu Lala pula mati, sedangkan Felix pula nampak agak positif dan dah mula berbunyi dan buang air.
Petang itu juga tiba tiba seekor lagi kucingku (anak cik tiok) mula moyok..malam tu dia mati. Aduh!! pantasnya serangan hawar ni, manakala seekor anak mek itam pula nampaknya dah terkena serangan hawar tu. Aku mula memberikan antibiotik pada anak mek itam.
18/11/2011, pagi lebih kurang jam 7.30, aku perasan mcm ada sekor kucing tidor dibawah kereta aku. Aku biarkan saja kerana itu kucing yg datang menumpang makan di rumahku. Tetapi selepas hampir 1 jam bila aku lihat,kucing itu masih di situ...aku mulamengesyaki sesuatu. Menghampiri kucing itu aku dapati semut sudah mula menghurunginya...dah keras rupanya...4 ekor dah mati...huhu.
Petang tu pula anak mek itam pula mati..manakala sekor anak ciktiok pula nampak moyok. Aku asingkan anak Ciktiok dan bawa masuk kedalam rumah bersama Felix. Keadaan Felix pula sangat lemah dan kadang kadang nampak macam ok. Dan untuk makan pun felix kena disuntik kan makanan kemulutnya....Felix tak mampu makan secara normal, mungkin deria baunya kurang.
Keesokan harinya anak ciktiok mula nampak aktif kembali dan mula bising untuk keluar dari cagenya. Aku kembali kan anak ciktiok bersama adik beradiknya...alhamdulillah, nampak betul2 sihat dah.
Beberapa hari selepas tu tiada nampak kucing2ku yg lain terkena serangan penyakit. Hujan pula lebat setiap hari.
Sehinggalah pada hari ini 23November2011, Felix nampak sudah tidak bermaya...perutnya berombak dengan laju sekali...disuap makanan pun dia sudah tidak berapa nak makan. Petang sebelum maghrib, felix kelihatan sukar bernafas, seksa sungguh aku melihatnya....dan tak lama kemudian Felix pula menyusul pergi...Innalillahiwainna ilaihi roji un...
Begitu manjanya Felix di hari hari akhirnya...duduknya dipangku aku dan diciumnya muka ku sepuas puasnya...rupanya dia nak ucapkan selamat tinggal pada aku dan isteri ku...
Kucing kucing ku....berlarian lah kamu ditaman syurga sana...Allah lebih menyanyangi kamu semua. Aku sangat kehilangan kamu....setakat ini sahaja yang mampu aku lakukan buat kamu...aku sangat sedih, tetapi aku juga gembira, kerana sepanjang hayat kamu, aku tidak pernah memperlekehkan dan mempersiakan kamu semua...Selamat Jalan kucing2 ku......

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Terima kasih atas info penyakit hawar ni. Setakat ini kami belum ada pengalaman lagi dengan penyakit sebegini pada kucing-kucing kami, kalau boleh minta jauh dr sebarang penyakit yang menyebabkan kematian. Sebenarnya untuk mengelakkan dari penyakit berbahaya, seeloknya dipertekankan dengan kebersihan ruang sangkar @ bilik, tempat najis di bersihkan setiap 2 atau 3 kali sehari, penjagaan makan & minum dari makanan & air yang berkualiti, tahap kesihatan yang maksimum. In Shaa Allah dengan penekanan yang disebutkan tadi tu mungkin dapat mengelakkan kucing anda terkena dari penyakit berbahaya seperti penyakit hawar ni...Anyway terima kasih atas entri ni. Kami dah follow...Jangan lupa follow blog kami nanti yer...TQ

    ReplyDelete
  2. Sedih baca perenggan yang akhir tu. Seekor kucing saya mati disebabkan penyakit hawar pagi tadi. Dia mati di atas riba saya :-(

    ReplyDelete